Thursday, October 4, 2012

~ THaLaSSeMia BeTa TRaiT.. Positive! ~

Hi uolls.. Ni entry sambungan kes kekurangan sel darah saya yang lalu..

 penyakit kurang darah merah anemia 04 Anemia Semasa Mengandung | Cara Merawat Anemia Ketika Hamil

Paras HB makin menurun walaupun gigih menelan segala ubatan yang dibekalkan oleh KK Makanan yang kononnyer boleh meningkatkan HB pn, saya ambil.. Bayam, kerang, hati dll.. Kalo HB naik pn, still pada tahap yang x memuaskan.. Masih below 11.0.. Saya pernah jugak dirujuk ke pakar pemakanan.. So, redho je la dengar ceramah.. ;p Pemakanan pil zat besi kena betul ye uolls.. Pil ni tak boleh diambil bersama pil kalsium, minum susu, minuman berkafein dll.. Uolls boleh try cari info pasal ni k..

Pengambilan pil zat besi pada dos yang biasa, ditingkatkan sehingga 4 biji sehari.. Tapi badan saya tak mampu terima pil tu.. Bila masuk je, mesti termuntah semula selepas beberapa ketika.. Memang azab! HB masih menurun.. Saya dinasihatkan untuk mengambil Iberet Folic pula.. Kandungan zat besi nyer adalah lebih tinggi bagi setiap dos.. Mula-mula saya agak risau jugak.. Bimbang mengalami kesan yang sama.. Mujurlah badan saya dapat terima Iberet Folic tu.. Makan 1 biji 1 hari seperti yang disarankan.. KK tak bekalkan Iberet ni.. So kena beli sendiri di farmasi.. Takpelah, demi si kecil saya.. Semuanya bukan masalah besar..


Saya diminta untuk membuat ujian darah bagi mengesan Talasemia.. Darah ni bukan diuji oleh KK sendiri ye uolls.. Untuk ujian Talasemia kat Malaysia ni hanya dibuat di Hospital Klang.. Swasta saya tak pasti ada ke tak.. So resultnyer kena tunggu dalam sebulan dua.. Ye la.. Darah satu Malaysia ni kot hantar kat sana.. Mau tak berzaman nak tunggu..

Memang hati tu berdebar, berkacau bilau, semua adalah.. Rasa frust dan down, takyah nak kata.. Cuma tiap-tiap kali gi check up kat KK hanya mampu berdoa semoga baby saya selamat.. Semoga baby saya kuat bertahan.. Alahamdulillah, rezeki Allah itu masih milik saya.. =)


Setelah keputusan ujian darah di terima.. Rasanyer  dari tajuk entry pn korg dah tau kan? Ye, saya merupakan pembawa Talasemia minor.. Perasaan masa tu rasa kelam, hitam.. Tak tahu pada siapa saya nak menangis.. Sejak dari tu saya gigih mencari maklumat mengenai penyakit ni.. Semua maklumat berkaitan, uolls boleh try google kot.. Banyak info mengenai Talasemia ni.. Talasemia merupakan sejenis penyakit darah dari keturunan.. (Pembawa dan Pesakit Talasemia adalah berbeza)

Saya juga dirujuk untuk pemantauan doktor di Hospital.. Maknanyer selain check up di KK 2 kali sebulan, saya juga kena buat check up di Hospital juga 2 kali sebulan.. Jadi setiap minggu, saya ada appointment doktor.. Mujur tak menimbulkan masalah pada majikan..

~ Keputusan ujian darah.. ~

Setelah mengambil Iberet Folic, pada mulanya HB saya meningkat kepada >9.0.. Namun setelah kandungan makin membesar, HB kembali merudum.. Doktor di Hospital meningkatkan dos Iberet Folic kepada 2 biji (saya ambil pagi & malam.. takut nak ambil sekali gus) Yang mana membuatkan doktor-doktor lain di KK 'terpegun' kerana pada mereka tak pernah lagi ada patient ambil Iberet ni dalam double dos.. Semua makan 1 je.. Kerana 1 biji tu je pun, dah tinggi zat besi nyer..

Saya hanya patuh saranan doktor.. Yang penting si kecil saya mendapat bekalan darah yang secukupnya untuk terus membesar.. Pengambilan double dos Iberet Folic tu saya teruskan hingga saat-saat akhir sebelum melahirkan.. HB saya kekal di tahap yang rendah.. Apapun saya bersyukur kerana HB tidak turun ke paras yang kronik sehingga memerlukan proses pemindahan darah..

~walaupun beg darah tu comel macam ni pun, iolls tak sanggup oo.. ~

Tamat Dugaan Mengandung Pertama





3 comments:

kakngahsihat said...

Jom jengah di blog saya... saya juga Beta Thalassemia trait.. :) Dengan supplement shaklee saya kini lebih cergas dan sihat. alhamdulillah...

Anonymous said...

Dugaan untuk awk.Alhamdulillah syukur Allah bg ujian, ada yg lebih berat.Kena jaga makan, byk mkn berkhasiat.Trait lebih mudah nk maintain berbanding yg benar2 penghidap.Kalau tgk yg major, intermediate, every month perlukan transfuse darah.sy pun, one of talasemia patient.tp im lucky compared to others sb dewasa bru msk drh.im talasemia intermediate but im proud of myself.orang terpilih sahaja akan diuji.take care n be strong. =)

Nurul Intan said...

Sy thalasemia trait. Setiap kali ngndung. X sah klu x msk wad.msti msk drh Sekurang 3 kali spjang kehamilan.. pernah masa tranfuion darah.. jd reaction. Mata gatal2 dah bngkak teruk.. sakit kepala yang berterusan shingga beberapa bln... tp sy kuatkn semangat untuk ank yg bakal dilahirkn..