Di awal perkahwinan kami terdetik perasaan gelisah dan risau di hati saya.. Sekiranya saya mewarisi masalah yang dihadapi oleh umi saya... iaitu sukar untuk hamil.. Tapi uolls jangan konfius plak.. Sukar bukan bermakna tiada peluang langsung k.. Umi hanya melahirkan saya setelah 3 tahun perkahwinannya bersama abah.. Itupn setelah berusaha berubat dan berurut.. Begitu juga halnya dengan adik-adik yang lain.. Tak perlu susah-susah nk pikir family planning uolls.. Memang dah ter'plan' sendiri.. huhu..
Memang ada kalanya tidak dapat lari dari pertanyaan mereka yang terlebih prihatin ni.. Jawapan saya hanyalah.. "Belum lagi.. Doakanlah.." Mujur hubby seorang yang sangat prihatin.. Sekali-sekala naluri manusia ada juga terdetik mengenai perkara itu.. Tapi hubby tak mendesak.. Dia hanya menunggu sehingga tiba masanya.. Cuma saya je yang risau.. dan tak sabar (mungkin?) huhu... Rasanya sebilangan besar wanita yg dah berumahtangga pun begitu.. ;p
Ikhtiar pertama: Pengambilan Asid Folik
Sebenarnya awal-awal perkahwinan lagi saya dah dok bising-bising kat hubby minta belikan.. Tapi rasanya after a few month jugak la baru dia belikan.. Tu pn agaknya x tahan dengar wife dia dok merengek minta benda alah ni.. huhu.. So start dari masa tu saya mula ambil Asid Folik seperti arahan yang terkandung pada kotaknya.. Kalo dapat nasihat doktor lagi baik kot ek uolls..
Ikhtiar kedua: Berurut
Berurut ni hanyalah secara kebetulan uolls.. Semuanya gara-gara mengangkat benda berat di satu majlis kenduri-kendara.. huhu.. Rasa sakit di bahagian bawah perut.. Risau peranakan jatuh, so gigih le mencari makcik tukang urut.. Syukur la terbaca review blogger Misssyida mengenai Mak Yong.. Hajat hati nak urut biasa2 je (urut sekali).. Tapi, fikir dah alang-alang berurut tu.. Minta ler Mak Yong tengok-tengokkan kot ada yg x kena ke kn (urut 3 kali, sebulan sekali).. Pada mulanya memang peranakan saya sedikit jatuh.. Maybe coz angkat barang berat tu la kan.. Tapi x serius, Mak Yong kata semuanya ok.. Just mungkin belum rezeki lagi..Kali terakhir berurut dengan Mak Yong, kalo tak silap saya pada bulan 6/2011..
Selepas tu saya masih belum pregnant lagi.. So saya pasrah je.. Mungkin belum rezeki lagi.. Saya still contact lagi ngan Mak Yong ni.. Kebetulan selepas pegi berurut tu, Mak Yong jadi salah seorang client Zafyan Design.. huhu.. (kebetulan ye uolls.. saya bukan pegi berkempen pasal business saya kat dia..)
So, sape-sape yang berminat nak mencuba tu (mana ler tau kan.. rezeki orang, lain-lain..) bolehlah contact Mak Yong ni.. Beliau tinggal di Putrajaya.. (ni bukan promote Mak Yong ye.. just sharing.. huhu..)
Ikhtiar ketiga: Pengambilan VCO
Start makan VCO ni tak ingat bila.. Tapi lebih kurang dalam masa yg sama dengan pengambilan Asid Folik dan pergi berurut tu.. Sebenarnya saje je makan sebagai supplement untuk elokkn kulit.. Maklum ler kulit daku ni dari zaman anak dara lg sokmo bermasalah.. huhu.. Disamping tu menurut pendapat sesetengah orang, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita..So kira 2 in 1 la niat saya masa ambil VCO ni.. Sekarang saya sendiri pun jagi agent untuk produk Catalyst VCO ni.. Makan yang capsule je.. Coz senang.. Maklumler orang malas cam saya ni rasa leceh plak nk makan bersudu-sudu bagai nih.. hihi..
Sekarang selepas bersalin pn dan fully BF (insyaallah) saya masih teruskan ambil VCO ni as supplement harian saya..
Ikhtiar keempat: Berdoa memohon dariNya
Yang ni tak perlulah nak saya detailkan panjang lebarkan.. Seingat saya sepanjang Ramadhan 2011 lalu saya tak putus-putus berdoa memohon Allah kurniakan rezeki yang satu ni.. (Tapi tak la bermaksud selain masa tu kita tak minta ye..) Doa, memang sentiasa.. Coz saat susah dan senang, hanya Dia lah yang akan mengerti dan sentiasa menyayangi kita..
Akhirnya selepas raya tahun lalu, saya disahkan hamil... Alhamdulillah.. Rezeki kurniaan Allah..
-------------------------------------------------------------------------------
So, itulah yang saya dah cuba lakukan (seingat saya) sehingga akhirnya saya disahkan hamil setelah 8 bulan mendirikan rumahtangga.. Nanti saya ceritakan pulak sambungan pengalaman semasa mengandung k.. Tak kurang jugak cubaan dan rintangan nyer.. huhu..
Jumpa lagi dalam entry yang lain k.. daa..
Disclaimer: Entry ini 100% hanya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bertujuan untuk berkongsi.. Diharap tiada pihak yang tersalah erti..
Segala usaha tidak akan berhasil jika tidak dimakbulkan permintaan kita oleh Allah s.w.t.. Segala rezeki dan kurniaan hanyalah darinya.. wallahualam..
7 comments:
uolls,
bagus le uolls share pasal ni. cer promote sikit produk vco tu kat iolls. berminat juga tu.
Salam. bule share no phone tukong urot tu x?
tahniah :D N thanks for sharing..Good info for future
awk..nice share.
sy duk putrajaya..nk gak number tukang urut tu
p/s : sakit tak?
slm.puan leh share no fon mak yong..sy mmg nk mgurut ni..sy kt pjaya jugak..tq..
Puan leh x share no phone tukang urut?
hi, uolls! yang bertanya pasal tukang urut tu saya ada buat entry pasal mak yong tu..
uolls bole refer kat sana kot ok..
http://someonebungakristal.blogspot.com/2012/10/mak-yong-putrajaya.html
Post a Comment