Lilypie Second Birthday tickers

Friday, October 12, 2012

~ JaNGaN KoNFiDeNT SaNGaT.. KaN DaH KaNToi! huhu.. ~

Dugaan Mengandung Kedua

Sepanjang kehamilan berat badan saya tidak meningkat mendadak.. Untuk berat permulaan (masa buka buku merah) adalah 53kg.. Lepas tu pun dok turun naik.. Kejap 52kg, kejap 51kg, lepas tu kang naik balik 52kg.. Maintain pun pernah.. Due of masalah saya sebelum ni, berat badan yang tidak bertambah membimbangkan sekiranya berat baby dalam kandungan juga tidak bertambah or baby tidak membesar.. Tapi syukur, Allah maha kaya.. Baby saya takde masalah.. Pertumbuhan pembesarannya mengikut usia  yang sepatutnya..

Hingga saat melahirkan, berat badan saya adalan +/- 59kg.. Jadi total pertambahan berat sepanjang kehamilah adalah lebih kurang 6kg.. huhu.. Bagi ibu hamil yang menjalani pemeriksaan di KK kerajaan, semua adalah diwajibkan menjalani prosedur ujian MGTT (Modified Glucose Tolerance Test) - ujian gula untuk detect kencing manis.. Oleh kerana family tiada sejarah kencing manis dan berat badan saya pun x naik mendadak, maka saya hanya menjalani ujian MGTT pada minggu ke 28..

Pagi minum air gula tu, fuh! Minum dengan penuh confident uolls.. Air gula kat KK ni macam yg semua tau mmg gula pure punya.. Xde perisa-perisa punya, mcm kat klinik swasta.. Berjaya habiskan uolls! Kalo tak sia-sia je kena minum lagi skali.. Dah le penat-penat puasa dari malam tu.. Xmo laa.. huhu..

Result after a few weeks....

-

-

-

-

-

-

-

-

-

-

yeay! positive Gestasi Diabetes Mellitus (GDM).. Korang baca ler sendiri ape benda GDM ni.. Kat Cik Google banyak kot.. Maleh nak citer.. huhu.. Tahniah pada iolls kerana berjaya menambah satu lagi penyakit masa pregnant.. So tadah la telinga dengar nurse kat KK tu membebel.. Dah la HB rendah, kencing manis plak.. Masa dia sound tu mmg rasa sakit hati sgt uolls.. Rasa nak maki je nurse tu.. 'Ingat aku mintak ke semua penyakit ni? Aku lagi taknak la.. Nak baby ni selamat je.. ' Tapi.. Yelahhh.. Setakat dalam hati je laaa.. Kang mau KK tu blacklist saya kang.. Haru! huhu..


bersambung..


~ Budak botak, lepas majlis akikah & cukur jambul ~
























No comments: