Sepanjang kehamilan saya sangat bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti sesetengah ibu yang lain.. Tiada morning sickness.. Gigih memasak seperti biasa.. Tidak mengidam benda yang bukan-bukan.. Kalo tak, kesian jugak kat hubby.. ;p
Cuma seperti biasa di akhir-akhir kehamilan bulan ke-9, bila perut dah agak membesar skit.. (skit ye uolls, sampai 6-7 bulan pn orang ada jgak yg query betul ke saya pregnant coz x nmpak perut naik pn katanyer.. huhu..) baru rasa agak letih dan mengah.. Saat-saat akhir pn mampu lagi meredah segala expo barang baby kat midvalley.. Kaki pun cuma start membengkak pada minggu-minggu terakhir sebelum saya bersalin..
Di sebalik semua kesenangan itu, saya menghadapi masalah yang bukan semua ibu hamil hadapi.. Dari hari ke hari bacaan HB saya makin menurun..Bermula dengan bacaan pertama masa check up di KK Puchong 12.7.. Terus terang saya katakn, pada mulanya saya memang tak percaya dengan bacaan tersebut.. Coz pada saya agak tinggi.. Sedangkan pada zaman universiti dulu, saya pernah di'reject' (sadis!) untuk menderma darah.. Katanyer darah untuk diri sendiri pun x cukup dik oiii.. huhu..
Check up yang seterusnya bacaan HB saya mula menurun kepada 9.4, .... 8.4, ... 9.6, .... 8.1, .... 7.7, .... 7.9, .... 7.6, .... 7.8, Begitulah bacaannya lebih kurang sehingga saya perlu sentiasa dirujuk kepada doktor.. Kalo check up biasa just jumpa nurse je ye uolls.. X perlu selalu jumpa doktor.. Doktor perlu scan kandungan saya setiap bulan untuk memastikan baby membesar dengan sepatutnya..
Untuk pengetahuan uolls Ibu Mengandung yang menghidap Anemia (kekurangan sel darah merah) terdedah kepada risiko untuk keguguran atau tumpah darah semasa melahirkan.. Jadi penting kepada doktor untuk monitor semua ni..
Dari appointment sebulan sekali, kini bertukar menjadi 2 minggu sekali.. Semuanya kerana nak pantau paras HB saya.. Gigih la berulang ke KK tu tiap kali nk check up.. Dari seorang yang takut/seriau tengok jarum suntikan, kini dah lali tengok darah di ambil bertiub-tiub.. Semua demimu wahai anak..
~ Gambo x related dgn entry.. Suka sgt ler dia tido gaya ni.. Sampai ler dah 4 bulan ni pn.. ~ |
bersambung...
5 comments:
Alhamdulillah..yana pun xd alahan awal2..cuma dugaan diawal2 slalu bleedingn ulang alik scan baby sampai bulan ke4 br stop n sgt2 lega bila dah stop..now dah 8 months..harap dipermudahkan =)
hi Yana! thanks 4 drop by dan rajin komen.. huhu.. hope everything will be ok.. aminn.. =)
Hai dear. My last checkup, HB i 10.8 ja. Risaunya... Pls share more stori on this.
Baizura Natasha! Bestnyer nama awk.. hihi.. Insyaalah will update later k.. =)
Mencari info pasal HB nie...kalau cekup kt klinik swasta, cek darah nie skali je...so mmg tk tau le kalo tiba2 hb menurun...huhu...
Post a Comment