Lilypie Second Birthday tickers

Monday, April 16, 2012

~ SeT BeRPaNTaNG iDaMaN HaTi.. huhu.. ~

Uolls, tajuk entry takmo kalah ek? huhu... Esok insyaallah masuk 34 weeks si kecil ini berada dalam kandungan saya.. Macam mana la rasa nyer sakit nak melahirkan nnt ek? Agak risau jgak..


Sebenarnya kalo boleh saya nak menjalani proses berpantang se'tradisional' yang boleh.. Walaupun x sure umi saya dapat 100% membantu mencapai hasrat hati saya atau tidak.. Dulu time umi bersalinkan kami 4 beradik, wan (nenek) saya masih sihat lagi.. Oleh kerana wan saya dulu tukang urut dan pengamal perubatan tradisional (bukan bomoh ek uolls... simpang! huhu..) jadi umi xde masalah dari segi nak dapatkn tukang urut ke, ape ke.. Air akar kayu bahkan air selusuh (sebelum bersalin) pun, wan saya yang cari dan buatkn sendiri...


Tiba time saya ni, saya jadi agak lost! Maklumlah.. Anak perempuan sorang dalam keluarga.. Umi pun dah ingat2 lupa.. huhu.. Nak tanya in-laws, yang atas dari kami pn b'beza jarak 10 tahun.. Yg lain2 lagi la.. Dah 'tutup kilang' katanyer.. ;p


So, dari hasil survey dan blog walking.. Saya tertarik hati untuk mencuba  TANAMERA Postnatal Care Set.. Ada beberapa sebab yg utama atas pilihan saya ni..




Yang paling utama adalah keazaman untuk fully breastfeed si kecil saya nanti (doa2kan ek hasrat saya tercapai.. moga saya kuat semangat).. Melalui pembacaan yang dilakukan, ramai yang tidak menggalakkan pengambilan jamu2 (dlm bentuk makan) untuk mengelakkan kesan nyer pada si kecil..


Oleh kerana set TANAMERA ini tidak mengandungi jamu/ ubat yang perlu dimakan, hanya ada teh herba sahaja yang turut membantu mengalakkan penghasilan susu ibu.. Jadi saya rasa kenapa tidak saya cuba.. kan? Lagipn pendapat peribadi saya (minta maaf jika ada yg terasa ye) kenapa nak beli set yang ada jamu, kalo kita memang xnak makan jamu tu.. betul x?


Sebab ke dua.. Dengan harga dan produk yg ditawarkan, saya rasa agak berbaloi untuk saya beli.. Saya cuba comparekn dengan satu lagi set yang agak popular di kalangan bakal2 ibu.. Dengan harga yg lebih kurang sama, kuantiti produk yang ditawarkan adalah sedikit (tolak dengan 1 jamu yg memang xnak digunakan), membuatkan saya berfikir2 untuk membeli produk tersebut.. Memang pada mulanya saya dah listkn produk tersebut sebagai salah satu pilihan untuk dicuba semasa berpantang nanti.. Cuma saat2 akhir ni saya berubah pendirian.. ;p


Tapi kan kawan2.. Saya pun x boleh la nak kata produk TANAMERA ni hebat sangatkn.. Cuma, ini hanya pandangan saya sahaja.. Mungkin ada yang dah pernah guna set ini sebelum ni dan review nyer x berapa ok ke, camane ke, minta kongsikan ye.. Saya masih belum membeli pun lagi.. Just tunggu hujung bulan ni kot baru nak beli.. Insyaallah nak lengkapkan barang keperluan saya pula.. Yang baby punya 90% dah siap.. Tinggal ibunya je... 90% x siap lagi.. huhu.. haru betul.. (^_^)


Untuk keterangan lanjut, uolls boleh baca di website TANAMERA ni atau Facebook nyer occay..




p/s: saya tidak mendapat sebarang bayaran atau kepentingan untuk membuat entry ini.. hasil tulisan hanyalah berdasarkan pengetahuan saya yang terhad berbanding uolls di luar sana.. =)



No comments: