Ok, kali ni nak cerita pasal pregnancy check up lak uolls.. Sebagai Penjawat Awam yang berkaliber (cewah!) iolls memilih untuk check up kat Klinik Kesihatan kerajaan le jgak..
Memang tragis pada mula nyer coz pengalaman kami husband and wife adalah zero! Yelah nama pun baru kawin kot, baru pregnant.. Mana ler pernah tau benda-benda ni semua kn..
So, untuk buka Buku Merah (buku yang paling glamour selain buku teks sekolah..) Memula selamba je gi kat hospital trus.. Tanya camane procedure check up untuk wanita hamil.. So, staff kat situ pn terangkan la kna gi klinik dulu, buka buku semua.. Dah hujung-hujung nanti baru datang hospital katanyer.. Ambik ko.. Ingat ko hebat nak terus gi hospital je? haha.. Sabo je la.. Tapi takpe, kira 1st lesson..
Then hari yang lain, gi ler ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan coz berhampiran tempat kerja.. Konon nak daftar kat situ la.. Rupanyer kena ikut alamat tinggal uolls.. Tak bole sesaja gi mana-mana nak buka Buku Merah nih.. Aiiyo! Ni kira pengajaran yang kedua.. Then, tanya ler kat situ.. Klinik yang berhampiran ngan alamat tempat tinggal iolls ni kat mana? So staff nurse kat situ kata kat Klinik Kesihatan Puchong..
~ Buku Merah iolls yang x cukup mukasurat.. smpai kena tambah kertas2 lampiran.. ;p ~ |
So, oklah.. Gigih ke sana (KK Puchong plak).. Sampai di sana dah tengahari.. Uolls yang pernah check up kat KK mana-mana pun, rasa nyer tahu la kot keadaan kat situ bila dah datang lewat kan? Ya Ampunnn! Ramai giler kot orang mengandung kat Puchong ni.. hihi.. Memang nurse tu siap kata balik dulu... Datang sekian-sekian hari untuk buka buku.. Then kami ni pun balik ler..
Hari yang lain, pagi-pagi bangun nak gi klinik uolls.. Gigih! Sampai-sampai, dah agak ramai jgak yang beratur.. Takpelah.. So iolls pn ikut sama beratur.. Belum buka pun lagi klinik nyer.. huhu.. Bila dah buka, ambil no.giliran.. Ambil Buku Merah dari nurse dan isi maklumat pada muka depannya.. Penting ye uolls..
Then, pegilah masuk bilik nurse untuk interview (kot?) mengenai detail yang lain.. Sekali nurse tu tengok alamat iolls.. Dengan nada-nada manje dia kata "Dik, alamat adik ni bukan check up kat sini.. Adik kena daftar kat KK Pulau Meranti.." Dang! sudah.. Celah mana plak ada pulau kat tengah-tengah bandar metropolitan ni? huhu.. So, aku citer la kegigihan aku mencari klinik nak check up ni kat dia.. (konon nak minta simpati.. motip?) Then, nurse tu kata "xpelah.. Adik check up kat sini dulu.. Nanti bawak buku merah ni daftar kat KK Pulau Meranti tu.." Yes! selamat diorg nak terima uolls.. So gigih la amik darah utk HIV test, cek urine, cek HB dll..
Dah selesai urusan di KK Puchong, maka nyer kami ke KK Pulau Meranti.. Itupn selepas tanya direction kat nurse di KK Puchong tu.. Kalo tak, memang sampai zaman bila pun kami tak pernah sampai ke situ.. So, kira berjayalah daftarkan Buku Merah tu di KK Pulau Meranti pada hari yang sama..
Oklah uolls, nnt sambung lagi citer pasal check up ni ok.. Ni pn rasa dah melalut-lalut sampai ke mana tah.. Ampunnn!! huhu..
~ Iman beberapa hari selepas lahir.. kecit no tengoknyer.. huhu..~ |