Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label bunga tangan. Show all posts
Showing posts with label bunga tangan. Show all posts

Monday, April 18, 2011

~ D.I.Y BuNGa KRiSTaL HaNDBouQueT - TuToRiaL ~

Hi uolls! Nampak gayanyer semakin bersawang la blog ni uolls.. huhu.. 
 a
Alhamdulillah rezeki lepas kahwin ni semakin mencurah-curah.. Business printing kami mendapat sambutan hangat dari kalangan bakal-bakal pengantin ni... Sbb tu tak cukup tangan nak mengupdate kedua2 blog.. Sorry occay.. ;p 
 a
Ok, ni kira hutang lapuk saya ler nih ek.. ermm.. Tutorial bunga tangan kristal yang saya gunakan sewaktu majlis saya..
Inginkan bunga tangan kristal seperti dibawah? (cewah! macam iklan plak.. hehe..) Ikutilah langkah-langkah berikut..

1) Gunakan kristal bersaiz sederhana dan ikatkan pada dawai halus dan pintalkan menjadi seperti gambar di bawah..

Pintal sampai hujung dawai supaya dawai menjadi agak keras untuk menampung berat kristal..


2) Cuba try test dirikan dawai atau pegang je pun boleh.. Kalo dawai tu boleh berdiri dan x lembut sangat, kira ok lah tu....


3) Ambil dawai yang sama, lipat dua seperti pada gambar berikut..


4) Masukkan 1 manik dan pintal pada hujung dawai agar manik tu kekal ditempatnya..


5) Masukkan manik-manik yang lain.. Yang ni takde masalah coz yang pertama tadi dah jadi penahan dari manik-manik lain jatuh ke depan..


6) Setelah siap, bentukkan dawai bersama manik tadi menjadi bentuk seperti di bawah.. Yang ni saya pakai buat je asalkan jadik.. huhu.. Kalo uolls nak biarkan je memanjang pn ok, ikut ler sesedap rasa.. Nak wat zig zag pn bole gak..

Jangan lupa pintal dawai lembut tu sampai ke hujung untuk mengeraskan dawai seperti yang sebelumnya..


7) Rupa komponen kedua yang telah siap..


8) Bunga putih ni buat seperti biasa... Cuma saya lapiskan 2 layer agar menjadi bunga yang lebih besar berbanding bunga hijau.. Bilangannya pun agak sedikit berbanding bunga hijau..

Actually, pemilihan warna kristal untuk bunga-bunga ini terpulang pada kamoo semua ye.. Ikut kesesuaian majlis dan citarasa kamoo..

~ bunga putih ~


~ bunga hijau ~
 

9) Setelah siap semua bunga-bunga utama dan bunga-bunga tambahan.. Uolls gubah la mengikut kretiviti masing-masing.. Lilitkan hujungnyer dengan reben yang sesuai..


Hati-hati, jangan smpai t'cucuk dawai occay.. Nanti jadi perantin jari t'cedera plak.. Iolls xmo b'tanggungjawab occay! huhu..

Occay uolls semua... Renung-renungkan dan selamat mencuba! ;p

FAQ:

** Kat mana beli barang-barang? refer link ni


** Cara-cara untuk membuat/menyusun kelopak bunga kristal? refer link ni dan ini




Friday, January 28, 2011

.: ReVieW : MaJLiS NiKaH.. :.

Psstt.. uolls, start review secara pukal dulu occay.. nnt citer benda2 detail yang lain plak.. sorry hutang lama sgt untuk buat review majlis saya ni.. hihi..
a

Pelamin nikah : D.I.Y

a

Bantal nikah : D.I.Y
a
bagi intai2 skit perician pada pelamin occay...

ni manik-manik lebihan perhiasan bilik.. hias sekadar yg ada sajork.. huhu..
a

bunga crysanthemum incurve (rendam dalam air nih!)
a
chrysanthemum - button mum (pn rendam dalam air jugak.. huhu..)

a
Baju nikah : by Dzul De' Classique (Kajang)

a
Bunga Tangan : D.I.Y

a
Make up : by Madam Hana

a
Hiasan Bilik : D.I.Y (dengan bantuan cousin2.. TQ uolls!)


Lastly gambar ni xde kena-mengena dengan sebarang projek DIY saya.. cume sangat menghargai this moment... saat abah nak melepaskan satu-satunya puteri kesayangan dalam keluarga.. (; _ ;)




a

p/s:
nnt update review secara pukal untuk majlis resepsi pulak k.. (^_~) v








Monday, March 1, 2010

~uPDaTe SeCaRa MaRaTHoN...~ Motip?

Motipkn aku tiba2 semangat nk update blog hari ni... Mungkinkah sbb boring or mgkin jugak sbb keje hari ni dah beres? x kisah ler ek... huhu... Layan!

Sebenarnye dah lama simpan picca2 ni... So, rasanyer dah tiba masa utk start entry pasal ni kot... :)

Oleh kerana telah lama diperam, ada ler sesetengah sumber tu telah dilupai asalnya... Ampun bgt kpd yg b'kenaan... ;p Ok kali ni nk citer inspirasi yg aku dpt dari bloggers yg lain, contohnya seperti Amy... Beliau adalah pengantin yg sgt kreatif okay! Tapi... Mungkin juga sebenarnye adalah saranan dari en.tunangku sendiri, untuk mengekalkan title 'BuNGaKRiSTaL' yg ada skrg nih... huhu...

Actually nama 'BuNGaKRiSTaL' tu pada mulanya aku dapat hasil dari ilham deco hantaran aku waktu b'tunang dulu... Sila rujuk entry ini ye... Dan setelah di fikir2kan... YES! aku akan men'DIY' sesetengah item untuk BigDay aku nnt dgn mengekalkan kristal2 t'sebut... Apakah item2 nyer? jeng, jeng, jeng.... tungguuuuuu... ;p (sila abaikan mood aku yg perasan glamor dlm sehari dua ni... oh, adakah sindrom PMS? kepala & emosi jadi tungang-langgang... huhu...)