Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label coretan perjalanan. Show all posts
Showing posts with label coretan perjalanan. Show all posts

Monday, October 8, 2012

~ aBaNG, SaYaNG PReGNaNT! ~

Again? No.. No.. Kesian kat Iman.. Belum puas bermanja-manja lagi ngan umi dan walid nyer.. Umi sendiri pun belum puas nak bermanja ngan Iman lagi.. Insyaallah akan datang ler ek.. ;p

Tengah godek2 hanpon tadi, jumpa ler gambo2 lama dulu..

Camane korang bagitau husband yang korang pregnant ek? Ke awal-awal lagi dah kantoi? huhu..

Seingat iolls, masa tu husband selalu kerja luar.. Takde kat umah.. So, jumpa dia pun dalam sebulan tu boleh di kira berapa kali je.. Memang masa tu rasa sangat stress dengan life yang macam tu.. Lama memendam rasa.. (Tp mungkin jugak sebab hormon dah start x menentu kot masa tu.. yelah.. pregnant kan!)

Mula rasa simptom-simptom lain macam skit.. Paling obvious yang tak boleh saya lupa adalah.. angin gastrik yang sangat dasyat.. Actually saya bukanlah pesakit gastrik pun.. Cuma ada satu malam tu, husband bawak makan kat luar.. Tapi on da way tu, tiba-tiba tukar plan utk pergi ke tempat yang jauh skit.. So, tahan je la.. Padahal perut dah lapar sangat-sangat dah ni..

Keesokkan harinyer.. haaa.. Baru lah menghidap! huhu.. Agak lama jgak la sakit perut (angin) tu.. Jumpa doktor, doktor just kata angin biasa je.. So, dapat la ubat untuk buang angin tu.. Tapi uolls, memang tak berkesan pun.. Takde nyer kuar pn angin tu.. adoii..

Saya pn ingat xpe la.. Nanti-nanti hilang ler kot angin tu.. Dalam masa yang sama dok tunggu cik 'P' datang.. My cik 'P' memang always consistent since zaman anak dara lagi.. Cuma bila dah kawin, agak lari-lari skit.. Tapi still datang tiap-tiap bulan la.. Lagi pn since guna Aplikasi 'Pink Pad' (android), ianya banyak membantu dalam mengira my cycle.. Bila waktu subur kita, bila sepatutnya cik 'P' datang, dan sebagainya.. Bagus tau aplikasi ni.. Uolls yang belum pernah cuba, trylah!




So, bila dah lebih 2 minggu since sepatutnya my cik 'P' datang.. so, bergegas le ke farmasi membeli UPT kit.. Try sendri kat rumah.. Tips untuk mendapat bacaan yang tepat, uolls try guna masa 1st urine di awal2 pagi after uolls bagun tido tu k.. Sebab masa tu kandungan hormon yang paling tinggi dalam urine.. Dup, dap, dup, dap tunggu result.. Dan hasilnyer 2 line timbul.. Tak percaya! Rasa macam mimpi.. Coz sebelum ni dok beberapa kali negatif je.. huhu..

Senyum sorang-sorang.. Call en.husband.. Tanya bila nak balik.. Tak tau lagi, katanyer.. Kecewa!

So untuk reconfirm, pegi le sendiri ke Pusat Kesihatan di tempat kerja.. Sah, pregnant! Hati berbunga-bunga.. After 8 months akhirnya doa kami termakbul.. So, camane bagi tau husband?

Masukkakn UPT  kit dalam kotak kecik.. Masukkan sekali plastik/sampul nyer.. Kang bagi stick tu je, blur plak dia kan.. Line 2 tu ape, 1 tu ape.. terus x jadi suprise lak kang.. huhu..

~ Happy Daddy-to-be Day! ~
 

~You are going to be an AMAZING DAD! ~ love, wife =) ~

So, xde pembalut? Designkan je kejap polkadot tu, print je atas kertas A4.. Siap! Reben tu plak, tu je stok yang ada.. Tulis Happy Birthday lak tu.. Tak kisah la.. Asal ada.. Lagi pn, Takde ler dia suspek sangatkan.. Ingat hadiah birthday ke apa.. (padahal birthday dah berbulan lepas! huhu.. ) Wat kad mini (kecik cinonet je..) untuk bagi sekali ngan hadiah tu..

Bila husband balik, lepas makan-makan.. rehat semua... Saya pun bagi ler kotak tu kat dia.. Mula-mula memang dia pelik.. Ye lah hadiah ape kan? Tapi bila buka, tengok result UPT tu.. Dia senyum.. Saya bagi kad kecik tu.. Alhamdulillah husband happy sangat, terus peluk saya.. Tak percaya katanya! =)

Malam tu, kami spend masa sembang pasal baby.. Husband tanya macam mana tau, dah gi cek ke belum, bla.. bla.. Since dari tu husband dah slow buat kerja luar dan akhirnya sentiasa ada masa di rumah untuk  jaga saya sepanjang pregnant.. Alhamdulillah..

Uolls, macam mana?  =)








Monday, October 1, 2012

~ KePeNTiNGaN SeL DaRaH MeRaH (HB) uNTuK iBu HaMiL.. ~

Dugaan Mengandung Pertama

Sepanjang kehamilan saya sangat bersyukur kerana tidak mengalami alahan yang teruk seperti sesetengah ibu yang lain.. Tiada morning sickness.. Gigih memasak seperti biasa.. Tidak mengidam benda yang bukan-bukan.. Kalo tak, kesian jugak kat hubby.. ;p



Cuma seperti biasa di akhir-akhir kehamilan bulan ke-9, bila perut dah agak membesar skit.. (skit ye uolls, sampai 6-7 bulan pn orang ada jgak yg query betul ke saya pregnant coz x nmpak perut naik pn katanyer.. huhu..) baru rasa agak letih dan mengah.. Saat-saat akhir pn mampu lagi meredah segala expo barang baby kat midvalley.. Kaki pun cuma start membengkak pada minggu-minggu terakhir sebelum saya bersalin..

Di sebalik semua kesenangan itu, saya menghadapi masalah yang bukan semua ibu hamil hadapi.. Dari hari ke hari bacaan HB saya makin menurun..Bermula dengan bacaan pertama masa check up di KK Puchong 12.7.. Terus terang saya katakn, pada mulanya saya memang tak percaya dengan bacaan tersebut.. Coz pada saya agak tinggi.. Sedangkan pada zaman universiti dulu, saya pernah di'reject' (sadis!) untuk menderma darah.. Katanyer darah untuk diri sendiri pun x cukup dik oiii.. huhu..

Check up yang seterusnya bacaan HB saya mula menurun kepada 9.4, .... 8.4, ... 9.6, .... 8.1, .... 7.7, .... 7.9, .... 7.6, .... 7.8,   Begitulah bacaannya lebih kurang sehingga saya perlu sentiasa dirujuk kepada doktor.. Kalo check up biasa just jumpa nurse je ye uolls.. X perlu selalu jumpa doktor.. Doktor perlu scan kandungan saya setiap bulan untuk memastikan baby membesar dengan sepatutnya..

Untuk pengetahuan uolls Ibu Mengandung yang menghidap Anemia (kekurangan sel darah merah) terdedah kepada risiko untuk keguguran atau tumpah darah semasa melahirkan.. Jadi penting kepada doktor untuk monitor semua ni..

Dari appointment sebulan sekali, kini bertukar menjadi 2 minggu sekali.. Semuanya kerana nak pantau paras HB saya.. Gigih la berulang ke KK tu tiap kali nk check up.. Dari seorang yang takut/seriau tengok jarum suntikan, kini dah lali tengok darah di ambil bertiub-tiub.. Semua demimu wahai anak..

~ Gambo x related dgn entry.. Suka sgt ler dia tido gaya ni.. Sampai ler dah 4 bulan ni pn.. ~

bersambung...


Thursday, September 27, 2012

~BuKu MeRaH JaNGaN LuPa BaWa.. MoGa-MoGa BeLuM TaMaT TeMPoH.. eh? ~

Motip tajuk entry macam lirik lagu? huhu..

Ok, kali ni nak cerita pasal pregnancy check up lak uolls.. Sebagai Penjawat Awam yang berkaliber (cewah!) iolls memilih untuk check up kat Klinik Kesihatan kerajaan le jgak..

Memang tragis pada mula nyer coz pengalaman kami husband and wife adalah zero! Yelah nama pun baru kawin kot, baru pregnant.. Mana ler pernah tau benda-benda ni semua kn..

So, untuk buka Buku Merah (buku yang paling glamour selain buku teks sekolah..) Memula selamba je gi kat hospital trus.. Tanya camane procedure check up  untuk wanita hamil.. So, staff kat situ pn terangkan la kna gi klinik dulu, buka buku semua.. Dah hujung-hujung nanti baru datang hospital katanyer.. Ambik ko.. Ingat ko hebat nak terus gi hospital je? haha.. Sabo je la.. Tapi takpe, kira 1st lesson..

Then hari yang lain, gi ler ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan coz berhampiran tempat kerja.. Konon nak daftar kat situ la.. Rupanyer kena ikut alamat tinggal uolls.. Tak bole sesaja gi mana-mana nak buka Buku Merah nih.. Aiiyo!  Ni kira pengajaran yang kedua.. Then, tanya ler kat situ.. Klinik yang berhampiran ngan alamat tempat tinggal iolls ni kat mana? So staff nurse kat situ kata kat Klinik Kesihatan Puchong..

~ Buku Merah iolls yang x cukup mukasurat.. smpai kena tambah kertas2 lampiran.. ;p ~

So, oklah.. Gigih ke sana (KK Puchong plak).. Sampai di sana dah tengahari.. Uolls yang pernah check up kat KK mana-mana pun, rasa nyer tahu la kot keadaan kat situ bila dah datang lewat kan? Ya Ampunnn! Ramai giler kot orang mengandung kat Puchong ni.. hihi.. Memang nurse tu siap kata balik dulu... Datang sekian-sekian hari untuk buka buku.. Then kami ni pun balik ler..

Hari yang lain, pagi-pagi bangun nak gi klinik uolls.. Gigih! Sampai-sampai, dah agak ramai jgak yang beratur.. Takpelah.. So iolls pn ikut sama beratur.. Belum buka pun lagi klinik nyer.. huhu.. Bila dah buka, ambil no.giliran.. Ambil Buku Merah dari nurse dan isi maklumat pada muka depannya.. Penting ye uolls..

Then, pegilah masuk bilik nurse untuk interview (kot?) mengenai detail yang lain.. Sekali nurse tu tengok alamat iolls.. Dengan nada-nada manje dia kata "Dik, alamat adik ni bukan check up kat sini.. Adik kena daftar kat KK Pulau Meranti.." Dang! sudah.. Celah mana plak ada pulau kat tengah-tengah bandar metropolitan ni? huhu.. So, aku citer la kegigihan aku mencari klinik nak check up ni kat dia.. (konon nak minta simpati.. motip?) Then, nurse tu kata "xpelah.. Adik check up kat sini dulu.. Nanti bawak buku merah ni daftar kat KK Pulau Meranti tu.." Yes! selamat diorg nak terima uolls.. So gigih la amik darah utk HIV test, cek urine, cek HB dll..

Dah selesai urusan di KK Puchong, maka nyer kami ke KK Pulau Meranti.. Itupn selepas tanya direction kat nurse di KK Puchong tu.. Kalo tak, memang sampai zaman bila pun kami tak pernah sampai ke situ.. So, kira berjayalah daftarkan Buku Merah tu di KK Pulau Meranti pada hari yang sama..

** Pengajarannya ialah: Jangan pandai-pandai gi terjah je KK mana-mana yang korang jumpa.. Tanya dulu alamat korang tu nak daftar kat mana.. huhu.. Tapi kalo korang gi chek up kat swasta, x kisah ler kot.. Janji korang bayar je..

Oklah uolls, nnt sambung lagi citer pasal check up ni ok.. Ni pn rasa dah melalut-lalut sampai ke mana tah.. Ampunnn!! huhu..

~ Iman beberapa hari selepas lahir.. kecit no tengoknyer.. huhu..~



Tuesday, September 25, 2012

~ iKHTiaR uNTuK HaMiL? ~

Sebelum memulakan coretan ini, suka saya ingatkan bahawa anak adalah rezeki dari Allah.. Sekuat mana kita berusaha, jika belum ditakdirkan memiliki rezeki tersebut.. Maka bersabarlah.. 

Di awal perkahwinan kami terdetik perasaan gelisah dan risau di hati saya.. Sekiranya saya mewarisi masalah yang dihadapi oleh umi saya... iaitu sukar untuk hamil.. Tapi uolls jangan konfius plak.. Sukar bukan bermakna tiada peluang langsung k.. Umi hanya melahirkan saya setelah 3 tahun perkahwinannya bersama abah.. Itupn setelah berusaha berubat dan berurut.. Begitu juga halnya dengan adik-adik yang lain.. Tak perlu susah-susah nk pikir family planning uolls.. Memang dah ter'plan'  sendiri.. huhu..

Memang ada kalanya tidak dapat lari dari pertanyaan mereka yang terlebih prihatin ni.. Jawapan saya hanyalah.. "Belum lagi.. Doakanlah.." Mujur hubby seorang yang sangat prihatin.. Sekali-sekala naluri manusia ada juga terdetik mengenai perkara itu.. Tapi hubby tak mendesak.. Dia hanya menunggu sehingga tiba masanya.. Cuma saya je yang risau.. dan tak sabar (mungkin?) huhu... Rasanya  sebilangan besar wanita yg dah berumahtangga pun begitu.. ;p

Ikhtiar pertama: Pengambilan Asid Folik


Sebenarnya awal-awal perkahwinan lagi saya dah dok bising-bising kat hubby minta belikan.. Tapi rasanya after a few month jugak la baru dia belikan.. Tu pn agaknya x tahan dengar wife dia dok merengek minta benda alah ni.. huhu.. So start dari masa tu saya mula ambil Asid Folik seperti arahan yang terkandung pada kotaknya.. Kalo dapat nasihat doktor lagi baik kot ek uolls..

Ikhtiar kedua: Berurut

Berurut ni hanyalah secara kebetulan uolls.. Semuanya gara-gara mengangkat benda berat di satu majlis kenduri-kendara.. huhu.. Rasa sakit di bahagian bawah perut.. Risau peranakan jatuh, so gigih le mencari makcik tukang urut.. Syukur la terbaca review blogger Misssyida mengenai Mak Yong.. Hajat hati nak urut biasa2 je (urut sekali).. Tapi, fikir dah alang-alang berurut tu.. Minta ler Mak Yong tengok-tengokkan kot ada yg x kena ke kn (urut 3 kali, sebulan sekali).. Pada mulanya memang peranakan saya sedikit jatuh.. Maybe coz angkat barang berat tu la kan.. Tapi x serius, Mak Yong kata semuanya ok.. Just mungkin belum rezeki lagi..Kali terakhir berurut dengan Mak Yong, kalo tak silap saya pada bulan 6/2011..

Selepas tu saya masih belum pregnant lagi.. So saya pasrah je.. Mungkin belum rezeki lagi.. Saya still contact lagi ngan Mak Yong ni.. Kebetulan selepas pegi berurut tu, Mak Yong jadi salah seorang client Zafyan Design.. huhu.. (kebetulan ye uolls.. saya bukan pegi berkempen pasal business saya kat dia..)

So, sape-sape yang berminat nak mencuba tu (mana ler tau kan.. rezeki orang, lain-lain..) bolehlah contact Mak Yong ni.. Beliau tinggal di Putrajaya.. (ni bukan promote Mak Yong ye.. just sharing.. huhu..)

Ikhtiar ketiga: Pengambilan VCO


Start makan VCO ni tak ingat bila.. Tapi lebih kurang dalam masa yg sama dengan pengambilan Asid Folik dan pergi berurut tu.. Sebenarnya saje je makan sebagai supplement untuk elokkn kulit.. Maklum ler kulit daku ni dari zaman anak dara lg sokmo bermasalah.. huhu.. Disamping tu menurut pendapat sesetengah orang, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita..So kira 2 in 1 la niat saya masa ambil VCO ni.. Sekarang saya sendiri pun jagi agent untuk produk Catalyst VCO ni.. Makan yang capsule je.. Coz senang.. Maklumler orang malas cam saya ni rasa leceh plak nk makan bersudu-sudu bagai nih.. hihi..

Sekarang selepas bersalin pn dan fully BF (insyaallah) saya masih teruskan ambil VCO ni as supplement harian saya..

Ikhtiar keempat: Berdoa memohon dariNya

Yang ni tak perlulah nak saya detailkan panjang lebarkan.. Seingat saya sepanjang Ramadhan 2011 lalu saya tak putus-putus berdoa memohon Allah kurniakan rezeki yang satu ni.. (Tapi tak la bermaksud selain masa tu kita tak minta ye..) Doa, memang sentiasa.. Coz saat susah dan senang, hanya Dia lah yang akan mengerti dan sentiasa menyayangi kita..



Akhirnya selepas raya tahun lalu, saya disahkan hamil... Alhamdulillah.. Rezeki kurniaan Allah..
-------------------------------------------------------------------------------

So, itulah yang saya dah cuba lakukan (seingat saya) sehingga akhirnya saya disahkan hamil setelah 8 bulan mendirikan rumahtangga.. Nanti saya ceritakan pulak sambungan pengalaman semasa mengandung k.. Tak kurang jugak cubaan dan rintangan nyer.. huhu..

Jumpa lagi dalam entry yang lain k.. daa..

Disclaimer: Entry ini 100% hanya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bertujuan untuk berkongsi.. Diharap tiada pihak yang tersalah erti..

Segala usaha tidak akan berhasil jika tidak dimakbulkan permintaan kita oleh Allah s.w.t.. Segala rezeki dan kurniaan hanyalah darinya.. wallahualam..



Tuesday, March 20, 2012

~ KeNaPa SuNYi? ~

Hi gurls... Maaflah coz lama menyepi.. ZaFYaN Design pn baru je mula beroperasi semula.. Itu pn coz ramai customer yg dok tanya.. Ampunnnn... Huhu..

Actually, bukan sengaja malas nak update blog ( x ngaku tu! huhu..) Hanyalah kerana....

It's already 30 weeks.. berdebar? Of coz la kn... ;p So, sepanjang menyepikan diri ni saya hanya menjalankan rutin yang biasa.. Just pegi kerja setiap hari.. Dan masih suka blog walking...

Banyak yang saya pelajari dari membaca & melihat persediaan serta pengalaman ibu-ibu dan bakal ibu yang lain.. Thanks a lot korang.. Banyak betul info yg boleh dikongsi bersama.. Dari list barang keperluan hinggalah kepada pengalaman bersalin serta penjagaan masing-masing ketika dalam berpantang...

Insyaallah, saya akan turut berkongsikan serba sedikit info yang berkaitan jika berkesempatan..
Akhir kata, doakan saya dan baby dalam keadaan sihat hendaknya..


Love & miss all of you! =)


Thursday, February 24, 2011

~ MiNGGu yg Bz SeBeLuM MaJLiS.. ~

Kepada B2B yang tgh stress coz x cukup masa tu.. Bawak2 ler b'sabar k.. Insyallah smua akan ok.. =)

Kepada yang membaca review mengenai majlis saya atau b'kesempatan hadir mungkin melihat betapa banyak nyer masa saya untuk DIY benda2 berkaitan majlis tu semua.. Tp sebenarnya, hanya saya je yg tahu b'tapa 'x cukup tangan nyer' saya.. huhu..

Malah masa cuti seminggu sebelum majlis tu, boleh dikatakan saya payah nak ada kat umah.. Sibuk ke sana ke mari menguruskan perkara yg tak siap lagi.. Maklumlah saya anak perempuan sorang.. Sulung plak tu.. Jadi xde abang, kakak or adik perempuan yg boleh diharap.. Hanya adik2 lelaki yg banyak m'bantu dari segi keje teknikal sahaja.. Ape2 pn, syukurlah mereka mahu membantu kn? ;)

Antara perkara yg sempat saya buat termasuklah:

Menampal batu swarovski pada veil.. Mujur la just nk kna tampal skit je.. So, x kisah sgt la.. ;p


Menyiapkan bantal2 hantaran.. Tampal hiasan pada setiap bucu bersama rambu-rambanyer skali..



Mengecat papan untuk photobooth, buat sorang2 occay.. Gigih gituew! ;p

Dan hasilnya pada hari majlis berlangsung.. hehe..


Mengerah tenaga adik2 untuk men'spray' pokok yang telah dikeringkan menjadi putih..
a
Sebenarnya memula rasa hati mmg le nak pokok tu putih.. Tp rasa x sanggup dan mustahil plak nak buat benda tu sendiri..
a
Tiba-tiba adikku meng'offer'kan diri.. Maka dengan itu akhirnya berjayalah impian ku direalisasikan.. yahoo!!
a


Kalo tak mmg x jadi ler gambar2 nikah & resepsiku seperti di atas.. huhu..


Sebenarnya banyak lagi kerja2 yang aku buat dlm minggu tu.. Tiap2 hari b'ulang ke KL dari Rembau.. Dah jadi dekat je rasanyer..
a
Blum masuk pegi amik survenir kat selayang, borong fresh flower kat chow kit hampir tengah2 malam buta, amik payung kat zila di ampang, amik kek kat putrajaya dan mcm2 lagi la... Smpai kna marah ngan family & orang2 tua yg lain..(motipkan pengantin kuar sampai tengah malam?)
a
Habih tu camane? Kalo aku x buat.. Sape nak buatkan itu semua utk aku? huhu...
a
So 4 all B2B out there yg tgh pening2 kepala, just buat yg terbaik dan semampu diri kita sendri.. Yg penting kita dah berusaha sehabis mungkin dan selebihnya berserah kepadaNya.. Semoga majlis kita tu b'jalan tanpa sebarang masalah yg besar..
a
a
p/s: actually utk my majlis ada beberapa kekurangan.. tp alhamdulillah, xde yg mengganggu mood saya sepanjang hari tu.. mybe coz saya redho je ngan ape yg jadi.. hihi.. nnt saya cite k.. ;p





Tuesday, February 22, 2011

~ D.I.Y BuNGa PaHaR ferrero rocher ~

Hellooo.. Yuhuuu.. Kembali bersiaran.. Kejap ada, kejap xde.. Huhu.. Nak wat camane uolls.. Redha je ler dengan diriku ini..

Seperti janji manisku dalam entry yang lalu, (ingat lagi x uolls?).. Saya bawakan kepada uolls secara exclusive cara2 nak wat pahar ferrero rocher saya ni.. cewah!

Ops! Mungkin ada yang confius dengan projek DIY Pahar untuk Si Dia? Bole baca entry ini occay...

Sebenarnya pahar ferrero rocher ni saya dapat ilham dari review sorang B2B or x-B2B, saya x ingat coz simpan gambar tu dah lama.. Dan hilang masa PC ni problem hari tu... (TQ ye yang b'kenaan) So, gambaran tu saya simpan dalam kepala je dan masa buat tu pn ingat2 lupa.. Huhu... Coz, gambar tu pn just tunjuk yg dah siap & xde cara2 nak m'buatnya.. So, saya pn buat ikut suka hati saya aje.. Asalkan jadi occay.. huhu...

Ok, first bagi tgk balik gambar bunga pahar tu... bagi refresh skit kata org.. ;p


Berikut adalah bahan2 nyer ye uolls...

1) kertas tisu ikut warna tema..
(beli kat POPULAR coz banyak dan murah... kat kedai2 bunga & gift shop pn byk, tp pada saya agak mahal coz diorang jual ikut keping/helai)

2) reben ikut warna tema jgak..
(beli kat SSF, tp ikut uolls ler nak beli kat mana pn yg ni.. rasa nyer harga kat mana2 pn lebih kurang je kot..)

3) dawai halus..
(ni lebihan dari projek2 yg lalu..)

4) lidi sate
( kalo bole cari yg besar skit.. kalo xde, yg kecik pn bole je ler uolls..)

5) clear plastic wrapper
(alaa.. yang selalu org balut makanan tu uolls.. tau kan?)

6) selotep
(ikut suka uolls.. dan mana yang ada je..)

7) pita pembalut batang lidi?
(tiba2 xtau ape nama benda nih.. huhu.. )

8) last skali coklat nyer uolls..
(ni pn x semesti nyer ferrero rocher ye.. bole jgak guna coklat kegemaran uolls yg lain..)
a
Ok, kita start ye?


langkah pertama... Balut coklat tu dengan plastic wrapper tadi dan gamkan hujungnya pada lidi sate.. hujung yg x tajam ye uolls.. yg tajam tu kang nak cucuk kat tempat pahar nyer..


a

langkah kedua, potong kertas tisu tadi empat segi, agak2 ler besarnyer uolls.. sedang2 aje.. then lipatkan kertas tu jadi segitiga.. x payah sama besar pn xpe.. dan balutkan pada coklat & lidi yang digam tadi macam gambar di atas..


langkah ketiga, ulang langkah dua sehingga nampak bentuk bunga nyer.. susun kertas tadi berselang di sekeliling coklat supaya nampak penuh..
a
untuk gambar seperti di atas, saya gunakan 1 kertas biru dan 3 kertas purple..


langkah empat, saya gunakan 3 helai reben (nak guna lebih pn boleh..) dan susun seperti dalam gambar di atas..


kemudian ikatkan tengah2nyer menggunakan dawai halus tadi supaya jadi seperti gambar di atas..


dan letakkan reben pada sisi kelopak bunga coklat tadi... (lilit lebihan dawai tengah2 reben tadi pada lidi..) saya gunakan reben ni agak panjang sedikit supaya bunga pahar tu x nmpak kosong sgt bila disusun pada stand nyer nnt..

a
dan akhir sekali, balut batang lidi tu dengan pita pembalut.. saya gunakan pembalut lidi b'warna putih coz lebih kena dengan tema majlis saya.. uolls bole juga gunakan warna yg lain ikut kesesuian tema uolls occay..
a
a
so, ini gambar masa 1st percubaan.. cuma siap 5 je coz jenuh b'eksperimen camana nak buat benda nih.. huhu..


ni gambar bila dah siap satu pahar.. sila abaikan bilik yang b'sepah waktu itu.. huhu...
a
ok uolls? agak2 bole b'jaya x buat benda ni? sure bole pnya kn... any enquiries, bole emel saya occay.. emel adalah seperti pada ruangan profile.. Insyaallah saya akan cuba membantu..
a
jumpa lagi di entry yg akan datang... daa..
a
a





Friday, February 11, 2011

~ MeReKa.. PHOTOG hebat! ~

Mereka boleh dikategorikan sebagai photographer yang sangat berbakat dan sedang meningkat naik..

Sebagai batch pertama SNAPERs (Students for Saiful Nang Academy of Photography), bakat mereka nyata boleh dibanggakan.
a


Sebenarnya saya mengenali mereka melalui seorang kawan. Tapi ternyata, mereka sgt friendly occay! Maklumlah, start dari
pre-wed session lagi saya dan en.husband agak 'kayu' sedikit untuk berposing.. Huhu.. Gelagat mereka banyak membantu untuk meredakan rasa gemuruh kami.. TQ uolls! =)

Jadi kepada B2B di luar sana yang masih mencari-cari photographer yang berbakat dan berpatutan, x salahkan kalo uolls cuba contact mereka ni kan?

Kalo nak tgk hasil kerja mereka yang lain2, sila ler click pada nama2 mereka itu ye..


Mereka adalah:

Azreen Omar
Baiey Yusof
Isyaq Shaari
Najib Talib
Brader Lat
Nurezzah Liyana

a

Ops, entry ini bukan tujuan untuk promosi occay.. Hanya sebagai penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan majlis saya.. (^_^)v
a
sempat lagi menulis ucapan untuk guest note saya..

mereka yang senggal.. huhu..

macam2 hal time nak minta diorg plak b'posing.. ;p


To Najib, Brader Lat, Shaq, Baiey, Ezzah & Azreen.. TQ for eveything.. Tak anggap langsung korang official Photog 4 da' day.. Rasa macam kawan yang dah lama kenal..
a

Hope jumpa korang lagi masa akan datang.. Mana ler tau nak amik family pic plak nnt kn.. ;p
a


GooD LuCK GuYs!







Wednesday, February 9, 2011

.: ReVieW : ReSePSi.. :.

Hi uolls.. Sila jgn baling kasut occay.. Tau ada lagi hutang x bayar.. huhu.. Minta ampunnn..



Ok, kali ni saya update secara pukal untuk majlis resepsi 1 Januari 2011 pula occay..



Yang lain-lain tu.. tungguuu.. mak bizi bangat nyah! ;p



Pelamin : D.I.Y


bagi perincian atau hiasan di pelamin adalah seperti berikut:



pokok2 putih yang diguna pada pelamin nikah sebelumnya.. dan reben2 mengikut tema warna.. juga langsir sebagai backdrop menutup dinding yg b'warna hijau terang itu.. huhu..


a

hiasan bunga2 plastik skit pada ranting pokok2 td supaya x nampak terlalu simple..

a



Bunga pahar : D.I.Y



nnt saya buat satu entry khas mengenai bunga pahar ni occay! ;) a



bunga terapung pada dasar vase yang digunakan...





a


bunga-bunga hidup mengikut tema.. dan juga pomander ball dengan warna yang sama.. masih ingat projek last minit ini? huhu...


a
Make up : by Madam Hana



Baju resepsi : by Dzul De' Classique (Kajang)


a

Veil : D.I.Y
a

cara membuatnya, sila refer link berikut
s

Centerpiece : D.I.Y
a

sempat lagi membuat benda ni pagi-pagi sebelum make up.. padahal malam sblum tu dah tido pukul 4 pagi coz menggubah hantaran.. ;p a

a
Bunga Manggar? : D.I.Y
a

cara membuatnya, sila refer link berikut


a
Lantern hiasan khemah: Beli di area jalan TAR

a

Hiasan kek : D.I.Y
a

harap maklum, saya just DIY hiasan sajork occay.. kek nyer x b'kesempatan nak buat.. so, tempah pada kawan sajork.. kalo berminat boleh contact Yus Great Idea ye.. ;)

a

Photobooth: D.I.Y
a

palang kayu putih itu, gigih di cat beberapa hari sebelum majlis.. wat sorang2 plak tu.. huhu..
a
Kerja2 printing sign dan gambar adalah oleh ZaFYaN DeSiGN.. =)
a

Guestbook sign : D.I.Y (ZaFYaN DeSiGN)




Paper bag : D.I.Y (ZaFYaN DeSiGN)


a


Road signage : D.I.Y (ZaFYaN DeSiGN)


a


Bunting & Banner : D.I.Y ( ZaFYaN DeSiGN)



a
Hantaran : D.I.Y

Sampai pukul 4 pagi b'sengkang mata menyiapkan 9 dulang hantaran ni uolls.. Time nak makeup tu, x ckap pn kat k.hana pasal ni.. Kalo die tau, mesti bising coz tido lambat.. huhu..

a
Tp rasanyer die tau kot.. Mana tak nyer, mata dok sembab je.. ;p



a
Payung : by Zila Ziman
a

Actually telah beberapa kali berulang-alik mencari payung putih ni di Kedai Bunga Reben.. Tp katanyer dah xde yg warna putih.. Warna lain je ada.. Mungkin kilang tu dah stop production utk warna putih kah? Motip kan...
a

So, oleh kerana Zila ada sewakan.. Bole je la sewa dari xde.. Actually Zila ni kawan masa sekolah rendah dulu.. lama gila x jumpa since habis darjah 6.. Kalo x kerana payung ni, mmg x jumpa lagi ler kitorg kot.. Just jumpa secara virtual je la.. Hihi..

a
Ok uolls, dah panjang bebelan kali ni.. Anything yg detail dan review majlis bertandang will be updated later occay! See you gurls!