Lilypie Second Birthday tickers

Monday, October 15, 2012

~ BLooD SuGaR PRoFiLe (BSP).. ~

Sambungan dari hasil kantoi minum air gula tempoh hari.. Maka saya dengan paksa relanya tambah satu lagi rutin semasa check up iaitu buat BSP 2 kali seminggu.. So, tiap kali check up kat KK memang akan buat BSP test ni.. Oleh kerana kena amik darah 4 kali sehari, maka tiap-tiap kali hari check up tu saya amik cuti je terus.. Malas nak lari-lari dari opis.. Kang bos cari kang, payah pulak..

Pagi amik darah (puasa malam sebelumnya) pukul 8 pagi.. Then breakfast.. Puasa lagi 2 jam, amik darah lagi sekali pukul 10.30 pagi macam tu.. Puasa lagi, sambung amik darah pukul 2 petang plak dan akhir skali 8 malam.. Just make sure makanan yang terakhir kita makan tiap-tiap kali amik darah tu adalah diambil 2 jam sebelum tu k..

Alhamdulillah sepanjang  BSP 3 kali, semua pass! Ni bukan senang-senang nak semua kaler hitam/biru ye uolls.. Ada tips & trick nyer.. huhu.. Rasa agak cheating la jgak.. Tapi ok je.. As long as kita pandai nak control paras gula tu.. Paling ngeri yang iolls tak nak adalah kena suntik insulin sendiri.. Oh, tidakkk!!! Saya adalah seorang yang sangatttt penakut dengan jarum suntikan.. Sedangkan nurse cucuk berpuluh kali tu pn (amik darah HB) rasa ngeri.. Ini kan plak nak suruh suntik sendiri.. Memang pengsan dulu la.. Dah bangun dari pengsan tu pn , belum tentu nak suntik diri sendiri lagi.. huhu..

~ Result 3kali BSP.. ~

Dan oleh kerana saya adalah ibu hamil yang ada kencing manis.. So, doktor bagi tempoh untuk baby just cukup-cukup sampai due date je 31 Mei 2012.. Kalo tak nak kuar jugak, kena induce! Waaa... So, camane baby? Nak kuar sendiri ke or paksa rela? Nanti cerita dalam bab bersalin plak k..

~ Budak Tecit yang suka tido dalam keta.. Pantang masuk keta, mesti lelap.. ;p ~

Tamat Dugaan Mengandung Kedua...

No comments: