Thursday, September 27, 2012

~BuKu MeRaH JaNGaN LuPa BaWa.. MoGa-MoGa BeLuM TaMaT TeMPoH.. eh? ~

Motip tajuk entry macam lirik lagu? huhu..

Ok, kali ni nak cerita pasal pregnancy check up lak uolls.. Sebagai Penjawat Awam yang berkaliber (cewah!) iolls memilih untuk check up kat Klinik Kesihatan kerajaan le jgak..

Memang tragis pada mula nyer coz pengalaman kami husband and wife adalah zero! Yelah nama pun baru kawin kot, baru pregnant.. Mana ler pernah tau benda-benda ni semua kn..

So, untuk buka Buku Merah (buku yang paling glamour selain buku teks sekolah..) Memula selamba je gi kat hospital trus.. Tanya camane procedure check up  untuk wanita hamil.. So, staff kat situ pn terangkan la kna gi klinik dulu, buka buku semua.. Dah hujung-hujung nanti baru datang hospital katanyer.. Ambik ko.. Ingat ko hebat nak terus gi hospital je? haha.. Sabo je la.. Tapi takpe, kira 1st lesson..

Then hari yang lain, gi ler ke Klinik Kesihatan Seri Kembangan coz berhampiran tempat kerja.. Konon nak daftar kat situ la.. Rupanyer kena ikut alamat tinggal uolls.. Tak bole sesaja gi mana-mana nak buka Buku Merah nih.. Aiiyo!  Ni kira pengajaran yang kedua.. Then, tanya ler kat situ.. Klinik yang berhampiran ngan alamat tempat tinggal iolls ni kat mana? So staff nurse kat situ kata kat Klinik Kesihatan Puchong..

~ Buku Merah iolls yang x cukup mukasurat.. smpai kena tambah kertas2 lampiran.. ;p ~

So, oklah.. Gigih ke sana (KK Puchong plak).. Sampai di sana dah tengahari.. Uolls yang pernah check up kat KK mana-mana pun, rasa nyer tahu la kot keadaan kat situ bila dah datang lewat kan? Ya Ampunnn! Ramai giler kot orang mengandung kat Puchong ni.. hihi.. Memang nurse tu siap kata balik dulu... Datang sekian-sekian hari untuk buka buku.. Then kami ni pun balik ler..

Hari yang lain, pagi-pagi bangun nak gi klinik uolls.. Gigih! Sampai-sampai, dah agak ramai jgak yang beratur.. Takpelah.. So iolls pn ikut sama beratur.. Belum buka pun lagi klinik nyer.. huhu.. Bila dah buka, ambil no.giliran.. Ambil Buku Merah dari nurse dan isi maklumat pada muka depannya.. Penting ye uolls..

Then, pegilah masuk bilik nurse untuk interview (kot?) mengenai detail yang lain.. Sekali nurse tu tengok alamat iolls.. Dengan nada-nada manje dia kata "Dik, alamat adik ni bukan check up kat sini.. Adik kena daftar kat KK Pulau Meranti.." Dang! sudah.. Celah mana plak ada pulau kat tengah-tengah bandar metropolitan ni? huhu.. So, aku citer la kegigihan aku mencari klinik nak check up ni kat dia.. (konon nak minta simpati.. motip?) Then, nurse tu kata "xpelah.. Adik check up kat sini dulu.. Nanti bawak buku merah ni daftar kat KK Pulau Meranti tu.." Yes! selamat diorg nak terima uolls.. So gigih la amik darah utk HIV test, cek urine, cek HB dll..

Dah selesai urusan di KK Puchong, maka nyer kami ke KK Pulau Meranti.. Itupn selepas tanya direction kat nurse di KK Puchong tu.. Kalo tak, memang sampai zaman bila pun kami tak pernah sampai ke situ.. So, kira berjayalah daftarkan Buku Merah tu di KK Pulau Meranti pada hari yang sama..

** Pengajarannya ialah: Jangan pandai-pandai gi terjah je KK mana-mana yang korang jumpa.. Tanya dulu alamat korang tu nak daftar kat mana.. huhu.. Tapi kalo korang gi chek up kat swasta, x kisah ler kot.. Janji korang bayar je..

Oklah uolls, nnt sambung lagi citer pasal check up ni ok.. Ni pn rasa dah melalut-lalut sampai ke mana tah.. Ampunnn!! huhu..

~ Iman beberapa hari selepas lahir.. kecit no tengoknyer.. huhu..~



Tuesday, September 25, 2012

~ iKHTiaR uNTuK HaMiL? ~

Sebelum memulakan coretan ini, suka saya ingatkan bahawa anak adalah rezeki dari Allah.. Sekuat mana kita berusaha, jika belum ditakdirkan memiliki rezeki tersebut.. Maka bersabarlah.. 

Di awal perkahwinan kami terdetik perasaan gelisah dan risau di hati saya.. Sekiranya saya mewarisi masalah yang dihadapi oleh umi saya... iaitu sukar untuk hamil.. Tapi uolls jangan konfius plak.. Sukar bukan bermakna tiada peluang langsung k.. Umi hanya melahirkan saya setelah 3 tahun perkahwinannya bersama abah.. Itupn setelah berusaha berubat dan berurut.. Begitu juga halnya dengan adik-adik yang lain.. Tak perlu susah-susah nk pikir family planning uolls.. Memang dah ter'plan'  sendiri.. huhu..

Memang ada kalanya tidak dapat lari dari pertanyaan mereka yang terlebih prihatin ni.. Jawapan saya hanyalah.. "Belum lagi.. Doakanlah.." Mujur hubby seorang yang sangat prihatin.. Sekali-sekala naluri manusia ada juga terdetik mengenai perkara itu.. Tapi hubby tak mendesak.. Dia hanya menunggu sehingga tiba masanya.. Cuma saya je yang risau.. dan tak sabar (mungkin?) huhu... Rasanya  sebilangan besar wanita yg dah berumahtangga pun begitu.. ;p

Ikhtiar pertama: Pengambilan Asid Folik


Sebenarnya awal-awal perkahwinan lagi saya dah dok bising-bising kat hubby minta belikan.. Tapi rasanya after a few month jugak la baru dia belikan.. Tu pn agaknya x tahan dengar wife dia dok merengek minta benda alah ni.. huhu.. So start dari masa tu saya mula ambil Asid Folik seperti arahan yang terkandung pada kotaknya.. Kalo dapat nasihat doktor lagi baik kot ek uolls..

Ikhtiar kedua: Berurut

Berurut ni hanyalah secara kebetulan uolls.. Semuanya gara-gara mengangkat benda berat di satu majlis kenduri-kendara.. huhu.. Rasa sakit di bahagian bawah perut.. Risau peranakan jatuh, so gigih le mencari makcik tukang urut.. Syukur la terbaca review blogger Misssyida mengenai Mak Yong.. Hajat hati nak urut biasa2 je (urut sekali).. Tapi, fikir dah alang-alang berurut tu.. Minta ler Mak Yong tengok-tengokkan kot ada yg x kena ke kn (urut 3 kali, sebulan sekali).. Pada mulanya memang peranakan saya sedikit jatuh.. Maybe coz angkat barang berat tu la kan.. Tapi x serius, Mak Yong kata semuanya ok.. Just mungkin belum rezeki lagi..Kali terakhir berurut dengan Mak Yong, kalo tak silap saya pada bulan 6/2011..

Selepas tu saya masih belum pregnant lagi.. So saya pasrah je.. Mungkin belum rezeki lagi.. Saya still contact lagi ngan Mak Yong ni.. Kebetulan selepas pegi berurut tu, Mak Yong jadi salah seorang client Zafyan Design.. huhu.. (kebetulan ye uolls.. saya bukan pegi berkempen pasal business saya kat dia..)

So, sape-sape yang berminat nak mencuba tu (mana ler tau kan.. rezeki orang, lain-lain..) bolehlah contact Mak Yong ni.. Beliau tinggal di Putrajaya.. (ni bukan promote Mak Yong ye.. just sharing.. huhu..)

Ikhtiar ketiga: Pengambilan VCO


Start makan VCO ni tak ingat bila.. Tapi lebih kurang dalam masa yg sama dengan pengambilan Asid Folik dan pergi berurut tu.. Sebenarnya saje je makan sebagai supplement untuk elokkn kulit.. Maklum ler kulit daku ni dari zaman anak dara lg sokmo bermasalah.. huhu.. Disamping tu menurut pendapat sesetengah orang, VCO atau minyak kelapa dara juga bagus untuk mengekalkan kesuburan bagi kaum lelaki/wanita..So kira 2 in 1 la niat saya masa ambil VCO ni.. Sekarang saya sendiri pun jagi agent untuk produk Catalyst VCO ni.. Makan yang capsule je.. Coz senang.. Maklumler orang malas cam saya ni rasa leceh plak nk makan bersudu-sudu bagai nih.. hihi..

Sekarang selepas bersalin pn dan fully BF (insyaallah) saya masih teruskan ambil VCO ni as supplement harian saya..

Ikhtiar keempat: Berdoa memohon dariNya

Yang ni tak perlulah nak saya detailkan panjang lebarkan.. Seingat saya sepanjang Ramadhan 2011 lalu saya tak putus-putus berdoa memohon Allah kurniakan rezeki yang satu ni.. (Tapi tak la bermaksud selain masa tu kita tak minta ye..) Doa, memang sentiasa.. Coz saat susah dan senang, hanya Dia lah yang akan mengerti dan sentiasa menyayangi kita..



Akhirnya selepas raya tahun lalu, saya disahkan hamil... Alhamdulillah.. Rezeki kurniaan Allah..
-------------------------------------------------------------------------------

So, itulah yang saya dah cuba lakukan (seingat saya) sehingga akhirnya saya disahkan hamil setelah 8 bulan mendirikan rumahtangga.. Nanti saya ceritakan pulak sambungan pengalaman semasa mengandung k.. Tak kurang jugak cubaan dan rintangan nyer.. huhu..

Jumpa lagi dalam entry yang lain k.. daa..

Disclaimer: Entry ini 100% hanya berdasarkan pengalaman saya sendiri dan bertujuan untuk berkongsi.. Diharap tiada pihak yang tersalah erti..

Segala usaha tidak akan berhasil jika tidak dimakbulkan permintaan kita oleh Allah s.w.t.. Segala rezeki dan kurniaan hanyalah darinya.. wallahualam..



Monday, September 24, 2012

~ KiNi KeMBaLi.. ~

Syoh! Syoh! Berhabuk, bersawang segala sudah blog ini uolls.. My last entry adalah a few month ago.. Before melahirkan my lovely little luv bird! ;p Ampunnn... huhu..

Terlalu banyak untuk diceritakan.. Dari pengalaman mengandung (yang mana saya takut untuk ceritakan sebelum segalanya selesai), pengalaman bersalin, berpantang, dan menjaga my little luv bird.. Segala-galanya terlaluuuu berharga..

Insyaallah akan kembali gigih mencatatkan perjalanan hidupku di sini.. So you gurls stay tune ok? (budget ada orang tunggu2 nk baca? gila perasan! wahaha..)

Last but not least.. Introducing my Little Luv Bird..

Nur Iman Zafyan Binti Zafri Ismaiskandar
29 May 2012
2.8kg
Normal

~Iman selepas beberapa jam dilahirkan~